ASSALAMUALAIKUM SEMUA PENGUNJUNG BLOG JKKKP KG MELAYU BATU 13, 47000 SUNGAI BULOH SELANGOR MALAYSIA

kami mengalu-alukan sebarang cadangan untuk kebaikan kita bersama

Rabu, 16 Mac 2011

HUJAN LEBAT PAGI RABU 16/3/2011 SELAMA 2 JAM


Kampong Melayu Sg Buloh 6.45 pagi 16/3/2011 : Hujan yang terlalu lebat selama kira-kira 3 jam telah mengakibat kampung Melayu Sg Buloh mengalami banjir kilat sehingga paras air telah memasuki ke rumah beberapa penduduk juga sehingga ke dalam Surau Zahidiah yang mana tidak pernah berlaku sebelum ini, beberapa kawasan dalam kampong yang rendah telah juga mengalami situasi yang sama.
Akibat daripada itu keseluruhan jalan keluar masok kampong telah berlaku kesesakan yang amat ketara sehingga terpaksa mencari altenatif jalan lain untuk keluar ke lebuhraya Plus.
Diharap pihak yang berwajib dapat mengambil perhatian terutama di bawah jejambat Lebuhraya Plus ke Hospital Sg Buloh (perlu di bersihkan lubang air yang tersumbat) dimana sering berlaku banjir kilat yang menggangu kelancaran lalu lintas.

Kesesakan teruk dalam Kampong Melayu Sg Buloh arah ke Sekolah

Kesesakan arah kedalam kampong

Di bahagian dalam kampung

Ahad, 13 Mac 2011

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT PERDANA 2011 (OPKIM)


Program Khidmat Masyarakat Perdana 2011 (OPKIM) telah di adakan pada 11/3/2011 sehingga 13/3/2011 (3h 2m) program telah disertai oleh seramai 33 pelajar wanita dan lelaki dari Fakulti Pengurusan Perniagaan UiTM Shah Alam, kesemua mereka telah ditempatkan bersama keluarga angkat seramai kira 14 keluarga. Berbagai program telah diatar oleh pihak Pelajar antara nya motivasi bersama 120 pelajar tahun 6 SKSB, persembahan kebudayaan , lawatan ke Industri Kampung. Majlis Penutup telah di hadiri oleh YB ADUN Paya Jaras Dato Ir Muhammad Bushro bin Mat Johor


Persembahan Kebudayaan dari Pelajar UiTM

Bergambar bersama YB Adun Paya Jaras Selepas Majlis Penutup

Bersama Keluarga Angkat Hj Azuan /Hjh Fazilah

Majlis penyerahan anak-anak angkat


Diantara ibu angkat yang hadir semasa majlis perasmian

Rabu, 9 Mac 2011

MASYUARAT BULANAN JKKKP 3/2011


9/3/2011 Masyuarat bulanan JKKKP Kg Melayu Sg Buloh telah diadakan di rumah En Fauzi bin Sulong, beberapa perkara telah diperbincangkan antaranya program Anak angkat pelajar-pelajar UiTM seramai 35 orang akan berkampong di DUN Paya Jaras dimana JKKKP kg Melayu telah di pertanggung jawab sebagai tuan rumah.
Pihak JKKKP Kg melayu telah berbincang bersama Penduduk Kg Sri Indah A dan B dimana seramai 4 keluarga angkat dari sri indah B, 2 dari Sri Indah A dan 8 dari Kg Melayu telah bersetuju utk turut serta dalam program ini.
Majlis akan berlangsung dari jam 8 malam 11/3/2011 dan acara sambutan akan dibuat di Dewan Kg Sri Indah B, beberapa acara telah diatur oleh pihak UiTM antara ceramah Motivasi utk pelajar SKSB, sukanika rakyat, persembahan tradisional lawatan ke Industri Lanskep yang terdapat didalam kampong.
Majlis akan berakhir pada hari Ahad jam 11 pagi. Kepada semua penduduk di ketiga kampung berkenaan di jemput hadir bagi memeriahkan majlis.




Selasa, 8 Mac 2011

SAMBUTAN MAULIDUL RASUL SAW 1432H


JKKKP Kg Melayu Sg Buloh dengan kerjasama Sek Keb Sg Buloh telah menganjurkan sambutan Maulidul Rasul 14342H pada 6/3/2011, majlis telah diserikan dengan beberapa aturcara yang telah diatur antaranya Bacaan Ayat suci Al Quran, Nasyid oleh Murid Penitia Islam SKSB, Selawat dan Tazkirah yang disampaikan oleh En Hafiz seorang Penyelaras di Parlimen Subang. Kira-kira 250 warga kampong, guru-guru dan pelajar telah hadir memeriahkan majlis. Pihak penganjur JKKKP dengan kerjasama dermawan telah menyumbang cerderahati kepada warga emas berumur 60 tahun keatas , fakir miskin dan anak-anak yatim. Hadirin telah dijamukan makan tengahari ala masakan kampong yang disediakan oleh AJK secara bergotong royong. Muga majlis sebegini akan dapat diadakan dimasa yang akan datang




Isnin, 7 Mac 2011

Sumbangan Kepada Fakir Miskin di Kg Bahagia Bukit Lagong pada16/1/2011



Satu majlis Penyampai Bantuan Kepada Fakir Miskin telah dianjurkan oleh JKKKP Kg Melayu Sg Buloh, Majlis telah di hadiri oleh Adun Paya Jaras dan telah bermurah hati menyumbangkan satu set komputer untuk Surau Kg Bahagia Bukit Lagong.

Gotong Royong membersihkan dan membina landskep Klinik Kesihatan Sg Buloh


Satu kerja kemasyarakatan telah dianjurkan oleh Penal Penasihat Kesihatan Klinik Kesihatan Sg Buloh pada 2/1/2011 telah menganjurkan kerja Gotong Royong membersihkan Landskep sekitar kawasan klinik, penduduk bersama kakitangan Klinik bertungkus lumus menanam pokok-pokok hiasan yang telah di sumbangkan oleh Pengusaha Nurseri yang terdapat di Kampong Melayu Sg Buloh



Kepada semua penduduk kampong,

Satu program keluarga angkat bersama seramai 35 pelajar UiTM akan diadakan pada 11/3/2011 sehingga 13/3/2011. kepada sesiapa yang berminat untuk turut serta menerima anal-anak angkat sila hubungi Tuan Hj Shahar Md Zin di talian 0123337102. Terima Kasih